ZA'HA Wedding Planner

IKUT KEHENDAK PELANGGAN, KEMAS & PRAKTIKAL, SENTUHAN MANIMALIS

Serahkan tugas menguruskan perkhawinan anda kepada ZA'HA Wedding Planner..Kami menawarkan segala perkhimatan berkaitan majlis perkhawinan iaitu menyewa pelamin, pakaian, dulang dan khemah, bernikah dan bersanding, menyediakan khidmat jurusolek, jurugambar, kumpulan teknikal untuk sistem PA, kumpulan kompang, menghias bilik tidur dan dan meja beradap, menggubah hantaran dan membuat kad perkhawinan pengantin.InsyaAllah semuanye berjalan lancar...Kami akan membantu mempercepatkan perjalanan majlis perkhawinan agar berjalan dengan lancar dan teratur..Tidak perlu untuk mengambil masa untuk ke butik pengantin dan sebagainya..Serahkan kerja-kerja tersebut kepada kami...Kami akan berurusan dengan pihak-pihak tersebut mengikut kehendak dan citarasa pelanggan.
(tertakluk kepada permintaan dan bajet pelanggan...InsyaAllah akan ditunaikan)

TEMA WARNA TERKINI
Warna emas adalah warna kegemaran dan menjadi pilihan sepanjang masa, tapi sejak akhir-akhir ini pengantin seolah-olah sepakat memilih tema warna tertentu seperti merah jambu dan hijau. Mengikut perhatian kami, pada Mei 2009 banyak pelamin berlatarkan warna merah dan putih manakala majlis perkhawinan yang dilangsungkan sekitar Ogos atau selepas hari raya memilih warna kelabu dan perak.
Buat masa kini juga, banyak yang mengutamakan warna-warna garang dan padu seperti merah serta teracotta.Kami juga selalu menerapkan dua warna.Putih adalah warna wajib bagi kami sebab anggun dan serasi dengan sebarang warna.Putih juga warna evergreen dalam majlis perkhawinan.Warna lain yang digunakan bersam-sama putih, misalnya ungu dan merah jambu lembut adalah warna pilihan pelanggan.Ada juga yang memberikan dua warna pilihan mereka lalu terhasillah tiga gabungan warna seperti putih, ungu dan perak.Apepun yang penting pada kami adalah permintaan dan citarasa pelanggan..Itu adalah keutamaan kami.

REKABENTUK PELAMIN DAN BILIK TIDUR PENGANTIN
Pengantin lazim merujuk majalah yang mempunyai gambar pelamin selebriti.Malah ada yang membawa keratan majalah kepada kami dan meminta kami meniru pelamin artis berkenaan.Pada dasarnya kami bersetuju, tapi memujuk mereka supaya mencantikkan lagi rekaan pelamin itu dengan lebih bergaya..jadi tidaklah nampak meniru seratus peratus.kami tidak nafikan yang majalah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kehendak pelanggan.Tetapi sebenarnya rekaan terbaik adalah yang mengikut kesesuaian diri pengantin dan bajet mereka.
Untuk hiasan bilik tidur pula, kami memastikan ada kesinambungan diantara pelamin dan bilik tidur seperti tema warna serta bunga yang digunakan.Biasanya kami lihat dulu perabot yang diguna, kemudian barulah kami fikirkan kaedah yang sesuai untuk menghias bilik tidur, misalnya memasang tabir latar, menggantung bunga dan sebagainya didinding belakang katil.namun ianya juga tetap mengikut kehendak dan citarasa pelanggan.

TEMPAT YANG DIGEMARI UNTUK MENGADAKAN MAJLIS PERKHAWINAN
Biarpun ramai memilih rumah sebagai tempat utama, tapi sejak akhir-akhir ini kebanyakkan pengantin memilih untuk mengadaknnya di dewan serbaguna dan hotel.Dewan orang ramai dan hotel mudah untuk melakukan kerja-kerja memasang dan menghias selain faktor cuaca dan keselamatan.Segala persiapan juga lebih mudah diurus tanpa sebarang gangguan, malah majlis dapat dilangsungkan secara teratur dan terkawal.Ada juga pelanggan yang melangsungkan pernikahan dirumah, jadi kami akan sediakan juga pelamin dan hiasan ringkas untuk majlis pernikahan di rumah.

IDENTITI ZA'HA WEDDING PLANNER
Kami tidak ada identiti tertentu sebab apa yang kami buat adalah mengikut permintaan pelanggan.Apa saja yang mereka minta, saya akan usahakan seboleh mungkin.Kalau diminta menghasilkan rekaan pelamin baru pun kami akan lakukan.Namun begitu kami sentiasa berpegang kepada 3 faktor ini:

i) Ikut kehendak pelanggan
ii) Kemas dan Praktikal
iii) Sentuhan Manimalis

ANGGARAN BELANJA YANG DIKENAKAN UNTUK SATU MAJLIS PERKHAWINAN
Kos adalah sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada keperluan pelanggan.Oleh itu kami lebih suka pelanggan beritahu bajet mereka dan saya akan menghasilkan rekaan mengikut anggaran belanja yang diberi.Kebanyakan pelanggan kami juga selesa dengan cara begini.

UNTUK PERKHIDMATAN HUBUNGI:

019-4081551 (ZAID)